Was cleaning up some rubbish when I found the poems I wrote a few years ago
Denganmu anakku, hidup ibarat satu kitaran yang telah lengkap
ibarat syurga dipinjamkan
aku ingin di situ, pegang tanganmu
waktu hari pertama darjah satu
aku ingin di situ, pegang bahumu
waktu kau terpegun melihat cinta hati melintas
aku ingin di situ , waktu menangis, waktu ketawa
waktu debaran akad nikahmu
aku selalu di situ sayangku
harap harap sayang
harimu selalu ceria
rakan alam semesta
masa selalu ada untuk mu capai impian hati
warna selalu ada waktu kau mahu melukis
rakan selalu ada kau kau mahu ketawa
hujan selalu berhenti waktu kau mahu berlari
dan
mommmy selalu ada, setiap masa
mesti ada Manusia yang sayang kita
mesti ada Mamusia yang kita sayang
ada, di mata orang, kitalah wira
ada, di mata kita, merekalah wira
ada Manusia yang hormati kita
ada mereka hati kita hormat
tiada apa lagi yang kita mahu
selain
disayangi
dihormati
disanjung dan diperlukan
dengan kamu anakku
aku rasa semua ini
aku rasa akulah duniamu
kasih ku takkan luntur
hidup aku akan penuh ceria denganmu
3 comments:
Bila Azam dah besar, one day he will read this.. and be amazed and touched..
One day Azam will read this, and be amazed and touched..
love it!pls do more of this...
Post a Comment